Tuesday, May 2, 2017

Hanya kenangan

Semua orang pasti pernah melalui fasa kekecewaan. Terlalu banyak perkara yang rasanya, nak kita minta pada Allah untuk Dia ubah segala apa yang berlaku.

Persoalannya kat sini, sampai bila kita nak menggenggam harapan yang sememangnya sudah tiada itu? Masih nak memaksa agar keadaan itu tetap terbentuk mengikut acuan fikiran sendiri? Eh. Celah mana nak belajar redha kalau tidak bermula dengan belajar menerima apa adanya dan belajar melepaskan harapan, impian dan angan-angan tu?

Masa diberi peluang, bukan main ego. Dipekakkan telinga dan dibutakan mata. Sekarang, tiba-tiba dapat revelation, terus nak bertaubat. Taubat itu bagus.

Kalau yang dinamakan kesedaran itu adalah dalam hal-hal berkaitan hubungan kau dengan Allah sahaja, tiada masalah. Tetapi, kalau yang kau sesalkan itu adalah hubungan kau dengan manusia, ketahuilah. Manusia yang lain itu juga punyai pendapat, keputusan, pertimbangannya sendiri. usah kau paksa mereka menerima impian yang sama seperti dalam khayalan engkau.

Sampai bila mahu berdegil? Banyak hal dalam dunia nih, bukan dalam genggaman kita. Maka, berhentilah 'mentadbir' hal itu. Semakin kuat genggaman kau terhadap sesuatu perkara, semakin terluka la akan sekeping hati itu.

Sampai bila mahu menjadi 'Tuhan' kepada diri sendiri? Sampai bila?
Bila lagi kau mahu menyerahkan akan segala urusan zahir batin mu kepada Tuhan? Bila?

Yang sudah berlalu, tetaplah berlalu. Sama ada menjadi kenangan yang indah atau pengajaran yang amat bernilai. Apapun keadaannya, tetaplah kenangan itu ada. Tak perlu untuk kau lupakan kenangan yang lalu. Yang perlu kau lakukan adalah, mengambil sikap yang elok ke atas kenangan itu.

Sudah la wahai manusia. Berhenti menyeksa jiwa mu itu.... 

No comments: